Wednesday 27 March 2013

Gotong Royong Perdana


Bertarikh 3hb Mac 2013, bermula pada pukul 8.00 pagi, ramai penduduk Islam Taman Tasik Prima telah hadir untuk bersama-sama menjalankan aktiviti Gotong Royong Perdana Surau Al-Ikhwan. Sebelum bermula aktiviti, mereka yang hadir menikmati sarapan pagi sambil merancang serta mengagihkan tugas mengikut biro masing-masing.

Agihan tugas
Sarapan pagi
Pasukan Muslimah
Antara kawasan yang diberi perhatian ialah di surau sementara, di belakang surau baru, ruang solat dan kawasan persekitaran (padang sebelah surau). Kaum lelaki dipertanggungjawabkan untuk kawasan luar surau manakala kaum wanita pula melaksanakan tanggungjawab di dalam kawasan surau terutama di ruang solat.
Membersihkan kawasan dalam surau sementara

Senyuman tetap terukir pada wajah

Serius dalam menjalankan tugas
Kawasan persekitaran menjadi tumpuan utama


Muslimat juga tidak ketinggalan memberi sumbangan tenaga


Anak-anak adalah aset Surau Al-Ikhwan pada masa akan datang . 
Tahniah anak-anak Al-Ikhwan.


Lebih kurang pada pukul 11.00 pagi kerja-kerja gotong royong dapat disempurnakan dengan jayanya.  Terima kasih kepada semua yang hadir untuk bersama-sama bekerja sambil beriadah.
“ Yang berat sama dipikul , yang ringan sama dijinjing ”. “ Bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat ”. Semuga peribahasa ini akan terus terpahat di hati sanubari penduduk Islam di Taman Tasik Prima.

Membersihkan kawasan belakang surau

Melipat langsir untuk dicuci
Memasang wiring


Artikel sumbangan : Cikgu Rahim

No comments:

Post a Comment