Friday 23 September 2011

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011 dan Pelancaran Tapak Surau Al-Ikhwan

Sukacita dimaklumkan bahawa AJK Surau Al-Ikhwan akan menganjurkan Jamuan Hari Raya untuk semua penduduk beragama Islam di Taman Tasik Prima Fasa 3 bermula dari jam 7 malam pada 24 September 2011 yang bertempat di perkarangan surau sementara di Jalan 3/1E. Di harap Dato/Datin/Tuan/Puan dapat sama-sama hadir dan memeriahkan majlis ini. Pelbagai hidangan telah di rancang untuk penduduk kawasan ini menikmatinya pada malam tersebut sambil beramah mesra antara kita dan diharap dapat membentuk ukhwah yang berpanjangan.

Bersesuaian dengan semangat ukhwah ini, AJK Surau Al-Ikhwan juga menganjurkan pelancaran tapak surau Al-Ikhwan di tapak kekal Surau Al-Ikhwan di Jalan 3/2. Pelancaran tapak surau ini adalah sebagai penyuntik semangat untuk semua penduduk beragama Islam di Taman Tasik Prima Fasa 3 untuk sama-sama merealisasikan cita-cita murni ini. Diharap dengan adanya surau baru ini, ukhwah penduduk kawasan ini akan lebih rapat.

Jadual untuk aktiviti-aktiviti diatas adalah seperti berikut:

                                         Pelancaran Tapak Surau Al-Ikhwan
  • 4:15pm - 4:45pm            Solat Asar Berjemaah
  • 4:45pm - 5:00pm            Ucapan alu-aluan Pengerusi Surau Al-Ikhwan
  • 5:00pm - 5:15pm            Ucapan Ketua Kampung
  • 5:15pm - 5:30pm            Jamuan Ringan
  • 5:30pm - 5:45pm            Taklimat ringkas di tapak kekal surau
  • 5:45pm - 5:50pm            Perasmian tapak kekal Surau Al-Ikhwan
  • 5:50pm - 6:00pm            Doa penutup dan bersurai    
                                    
                                         Jamuan Hari Raya Aidilfitri
  • 7:20pm - 7:45pm            Solat Maghrib berjemaah
  • 7:45pm - 8:30pm            Tazkirah oleh Ustaz jemputan dari Zakat/JAIS
  • 8:30pm - 9:00pm            Solat Isya berjemaah
  • 9:00pm - 9:10pm            Ucapan Pengerusi dan Ketua Kampung
  • 9:10pm - 9:20pm            Pelancaran Tabung Pembinaan Surau
  • 9:20pm                           Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Bersama-samalah kita memeriahkan majlis ini.

Saturday 10 September 2011

Welcome to the Blog

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam hormat kepada pembaca blog ini. Kami amat mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan, semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke blog ini dapat menjana kemeriahan di blog ini. Tujuan blog ini di bina ialah untuk mewarwarkan niat murni kami dalam pembinaan surau di kawasan komuniti kami. Diharap sokongan dari pihak tuan-tuan dan puan-puan dapat membantu merealisasikan niat kami tersebut.