Sunday 10 March 2013

Impian Menjadi Kenyataan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Diharap kita semua sihat sejahtera di bawah lindungan dan rahmat Allah selalu.

Artikel ini bertujuan :
(i)           mengaktifkan kembali blog Surau Al-Ikhwan yang lama tidak dikemaskini dan
(ii)          menyingkapkan kembali sedikit-sebanyak sejarah Surau Al-Ikhwan

Bermula dengan keinginan untuk mempunyai surau sendiri bagi meningkatkan syiar Islam dan merapatkan silaturahim sesama penduduk Islam di Taman Tasik Prima Fasa 3, sebuah Jawatankuasa Pembinaan Surau telah ditubuhkan pada akhir 2010 dan dipengerusikan oleh En. Ramzee Che Omar. Dinamakan Surau Al-Ikhwan yang bermaksud ‘Persaudaraan’.

Di atas kesungguhan dan usaha  AJK Pembinaan Surau Al-Ikhwan ini, kelulusan untuk pembinaannya telah diperolehi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 20hb Jun 2011.
Surat Kelulusan JAIS bertarikh 20hb Jun 2011&
Surat Memohon Sumbangan bertarikh 1hb Oktober 2011

Selepas kelulusan diperolehi, kerja-kerja untuk membina sebuah surau ini menjadi semakin rancak daripada aktiviti memohon sumbangan pembinaan surau kepada aktiviti merancang rekabentuk surau.

Kawasan tapak Surau Al-Ikhwan

Pegawai JAIS menentukan arah kiblat pada 19hb Dec 2011

Papan tanda tapak Surau Al-Ikhwan

Sementara menunggu dana untuk pembinaaan cukup, Surau Al-Ikhwan telah mula beroperasi di dua buah surau sementara iaitu :

(i)       Sebuah rumah lot tepi yang diwakafkan oleh seorang penduduk. Rumah ini digunakan selama setahun bermula bulan Ramadan 2011

Surau sementara 1 - Muslimin di tingkat bawah

Surau sementara 1 – Memanafaatkan setiap ruang yang ada

Surau sementara 1 - Muslimat di tingkat atas


(ii)         Surau sementara kedua yang dibina secara gotong-royong di sebelah tapak Surau Al-Ikhwan. Ia mula digunakan mulai bulan Ramadan 2012

Ceramah Persiapan Ramadhan 2012 bersamaan 1433H

Surau sementara 2 – antara Muslimin yang hadir

Surau sementara 2 – ceramah mendapat sambutan dari penduduk

Pembinaan Surau Al-Ikhwan bermula setelah dana pembinaaan telah cukup apabila menerima sumbangan yang besar daripada seorang dermawan, Haji Jamil Hajar Abdul Muttalib. Upacara pecah tanah pembinaan surau telah dilancarkan pada 1hb Mei 2012.

Majlis Pecah Tanah Pembinaan pada 1hb Mei 2012

Haji Jamil memberikan sumbangan kepada En. Muzafar Abdul Aziz, Pengerusi Baru Surau Al-Ikhwan disaksikan Nazir Masjid Asy-Syakirin, Haji Zulbahri Haji Ekhsan 

Haji Jamil melakukan upacara pecah tanah

Setelah setengah tahun, Surau Al-Ikhwan kini telah pun siap dibina dan tersergam indah ditapaknya. Ruang dalam yang besar dan cantik  memberi keselesaan kepada penduduk Islam di Taman Tasik Prima (Fasa 3) dan Lake View Homes untuk solat berjemaah dan menuntut ilmu.

Surau berkonsep moden. Pandangan dari depan

Muslimin di Kelas Tajwid

Muslimat di Kelas Tajwid

Kini, impian penduduk Islam di Taman Tasik Prima untuk mempunyai sebuah surau sendiri yang bukan sahaja menjadi pusat sebaran dakwah tetapi juga pusat komuniti masyarakat telah pun menjadi kenyataan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengimarahkan Surau Al-Ikhwan dengan bersolat jemaah, menghadiri majlis ilmu dan menyertai program bermanafaat untuk masyarakat yang dianjurkan oleh Biro-Biro Surau Al-Ikhwan.

Kepada yang telah menyumbang samada dari segi wang ringgit, masa dan tenaga di dalam pembinaan Surau Al-Ikhwan, diucapkan ribuan terima kasih, semoga usaha ikhlas anda dalam menegakkan syiar Islam dirahmati dan diberkati Allah SWT.


Sabda Rasulullah SAW :
Sesiapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.
[Hadith  riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

No comments:

Post a Comment