Monday 18 March 2013

Majlis Perasmian Surau Al-Ikhwan

Alhamdulillah, pada 20hb Januari 2013, terukir satu lagi sejarah buat penduduk Islam di Taman Tasik Prima, Puchong. Majlis perasmian Surau Al-Ikhwan telah disempurnakan oleh Ketua Kampung Puchong iaitu Tuan Haji Sharif. Turut hadir ialah Tuan Haji Zulbahri Hj Ekhsan, Nazir Masjid Asy-Syakirin dan wakil-wakil dari surau-surau berdekatan.

Barisan tetamu kehormat
Antara penduduk dan tetamu yang hadir
Majlis pada hari itu bermula pada jam 12.00 tengahari dengan bacaan doa oleh Ustaz Omar Mohamed, Imam 1 Surau Al-Ikhwan. Pengacara majlis pula ialah saudara Idzham Fauzi M Ariff merangkap Setiausaha Surau. 

Bacaan doa oleh Ustaz Omar
Pengacara majlis, En. Idzham
Selepas bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Surau, Saudara Muzafar Abdul Aziz. Dalam intipati ucapannnya, beliau telah menyentuh tentang sejarah penubuhan surau oleh jemaah, bermula dengan menumpang di sebuah rumah, kemudian membina surau sementara secara gotong royong sehinggalah terbinanya surau baru yang tersergam indah.
Ucapan alu-aluan oleh En. Muzafar
Saudara Muzaffar juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, Muslimin dan Muslimat yang banyak menyokong beliau dalam usaha menjadikan impian memiliki surau kepada realiti. Di akhir ucapan, beliau memohon agar ikatan persaudaraan akan terus terjalin demi mengimarahkan Surau Al-Ikhwan.

Ucapan seterusnya ialah oleh Tuan Haji Sharif, Ketua Kampung Puchong. Ucapan ini telah membawa kepada kemuncak majlis . Dalam ucapan perasmian tersebut, Tuan Hj Sharif meminta agar jemaah di Surau Al-Ikhwan ini terus menerus menyusun program-program yang boleh membawa kebaikan kepada masyarakat setempat dan mengimarahkan surau . Beliau juga berharap agar tiada perpecahan berlaku dalam jemaah kerana perpecahan akan membawa kepada keadaan tidak tenteram. Beliau juga tidak mahu surau dijadikan tempat untuk menceritakan soal-soal politik sehingga boleh memecah-belahkan jemaah.

Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Sharif
Agenda seterusnya selepas ucapan, Tuan Haji Sharif telah dibawa melawat sekitar surau dengan penerangan oleh saudara Muzafar dan beberapa orang ahli jawatankuasa yang lain. 

Sesi lawatan 
                                                                         
Majlis pada hari itu diakhiri dengan sesi pemberian cenderamata, bergambar bersama dan seterusnya jamuan untuk semua hadirin.

Pemberian cenderamata
Bergambar kenangan
Tetamu menjamu selera
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua AJK dan penduduk yang telah berkerja-keras menjayakan majlis perasmian Surau Al-Ikhwan ini, sehingga majlis menjadi meriah dan berjalan lancar. Semoga usaha ikhlas anda diberkati Allah SWT.

Petugas di belakang tabir
                                                       

No comments:

Post a Comment